Apa khabar semua? harap anda semua sihat hendaknya.. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Jana Wang Online Di Rumah ni..huhu.... kali ini ingin aku kongsi sedikit sebanyak tentang Feedjit... , Feedjit adalah satu widget yang sangat berguna kepada bloggers, ianya diletakkan di bahagian widget di sesebuah blog.
Setelah aku kaji dan selidik tentang Feedjit... aku dapati ia bukanlah semata-mata untuk mencantikkan blog anda. Tetapi widget ini boleh digunakan untuk mengesan visitor blog anda berada dimana, apakah yang dilihat oleh visitor di blog anda, dan ke mana visitor anda pergi selepas melihat blog anda (jika ia keluar memalui link dari website anda sahaja).
Feedjit.com menawarkan sistem tracking iaitu Feedjit Pro (berbayar). Tetapi anda tidak perlu risau, anda juga boleh menggunakan widget free dari feedjit tanpa perlu bayaran satu sen pun. Caranya anda hanya perlu pergi ke http://feedjit.com/joinjs/.
Anda boleh menggunakan 4 jenis free widgets dari Feedjit, iaitu:
- Live Traffic Feed : widget ini mengesan keluar / masuk visitor blog anda. Widget ini juga memboleh kan anda melihat traffic anda di secara Real-time dimana anda boleh mengesan keluar / masuk visitor serta merta dengan menekan butang Watch in Real-Time di Widget tersebut (setelah di letakkan di blog)
- Live Traffic Map: Widget ini memaparkan peta dunia dan kedudukan visitor anda berada di seluruh dunia.
- Recommend Reading : Widget ini memaparkan tajuk yang telah di baca oleh visitor blog anda, ianya berguna untuk memancing pelawat membaca setiap post anda.
- Page Popularity: Widget ini memaparkan tajuk post yang paling popular dilawati oleh visitor di blog anda. Ia juga boleh di gunakan untuk memancing visitor anda membaca post anda.
Sekiranya anda berminat dengan widget ini sila dapat kan di http://feedjit.com/joinjs/. Jangan lupa untuk subscribe blog aku ni.. untuk mendapatkan info yang lebih menarik lagi pada masa hadapan... hehe. jika anda ada sebarang komen sila lah komen ya... dan jangan lupa follow my blog...i will follow u too...
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment