Friday, April 9, 2010

Kebaikan Feedjit dan kegunaan nya!!!

Assalamualaikum...

   Apa khabar semua? harap anda semua sihat hendaknya.. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Jana Wang Online Di Rumah ni..huhu.... kali ini ingin aku kongsi sedikit sebanyak tentang Feedjit... , Feedjit adalah satu widget yang sangat berguna kepada bloggers, ianya diletakkan di bahagian widget di sesebuah blog.

   Setelah aku kaji dan selidik tentang Feedjit... aku dapati ia bukanlah semata-mata untuk mencantikkan blog anda. Tetapi widget ini boleh digunakan untuk mengesan visitor blog anda  berada dimana, apakah yang dilihat oleh visitor di blog anda, dan ke mana visitor anda pergi selepas melihat blog anda (jika ia keluar memalui link dari website anda sahaja).

  Feedjit.com menawarkan sistem tracking iaitu Feedjit Pro (berbayar). Tetapi anda tidak perlu risau, anda juga boleh menggunakan widget free dari feedjit tanpa perlu bayaran satu sen pun. Caranya anda hanya perlu pergi ke http://feedjit.com/joinjs/.

  Anda boleh menggunakan 4 jenis free widgets dari Feedjit, iaitu:

  1.  Live Traffic Feed : widget ini mengesan keluar / masuk visitor blog anda. Widget ini juga memboleh kan anda melihat traffic anda di secara Real-time dimana anda boleh mengesan keluar / masuk visitor serta merta dengan menekan butang Watch in Real-Time di Widget tersebut (setelah di letakkan di blog)
  2. Live Traffic Map: Widget ini memaparkan peta dunia dan kedudukan visitor anda berada di seluruh dunia.
  3. Recommend Reading : Widget ini memaparkan tajuk yang telah di baca oleh visitor blog anda, ianya berguna untuk memancing pelawat membaca setiap post anda.
  4.  Page Popularity: Widget ini memaparkan tajuk post yang paling popular dilawati oleh visitor di blog anda. Ia juga boleh di gunakan untuk memancing visitor anda membaca post anda.
Anda hanya perlu copy dan paste sahaja kod HTML bagi setiap widget pilihan anda di blog atau website anda. Letakkan sahaja di mana yang anda suka.

  Sekiranya anda berminat dengan widget ini sila dapat kan di http://feedjit.com/joinjs/. Jangan lupa untuk subscribe blog aku ni.. untuk mendapatkan info yang lebih menarik lagi pada masa hadapan... hehe. jika anda ada sebarang komen sila lah komen ya... dan jangan lupa follow my blog...i will follow u too...

  Sekian, terima kasih...

Wednesday, April 7, 2010

Mengenali PayPal

Assalamualaikum... 

     Hai kawan-kawan... kali ini ingin saya memperkenalkan apakah PayPal, bagi mereka yang masih baru dalam bidang jual beli di internet pasti masih belum pernah mendengar atau mengetahui tentang PayPal. PayPal adalah sangat berguna bagi mereka yang ingin menjalankan urusniaga di internet apatah lagi jika melibatkan jual beli di luar negara melalui internet. Seperti contoh jual beli di Ebay.com anda memerlukan akaun PayPal untuk berniaga atau membeli di sana.


   Kita pergi kepada pengenalan yang lebih mendalam lagi, PayPal adalah merupakan sebuah Platform perbankan Online menerusi internet. Dimana PayPal boleh menerima kad kredit atau kad debit anda untuk membuat urus niaga di internet. PayPal. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang menyebabkan PayPal diguna pakai di seluruh dunia:

  1. Ketika urusan jual beli anda tidak perlu untuk mendedahkan no. kad kredit atau kad debit anda. Di mana ia boleh dijejaki oleh penyangak-penyangak versi online.
  2. Bayaran dibuat secara Real Time, dimana penjual akan mendapat bayaran terus dari pembeli. Tidak memerlukan proses rujukan pengesahan (dari menteri ke ape ke)
  3. Urus niaga anda di lindungi sepenuh nya oleh PayPal dengan ciri-ciri keselamatan yang cekap.
  4. PayPal juga akan memberi maklum balas yang cepat sekiranya anda membuat aduan berlaku nya kesalahan mengikut terma dan syarat yang di tetapkan.
     Berdasarkan perkara di atas, anda tidak perlu risau untuk menjalan kan perniagaan internet yang melibatkan PayPal. Asalkan anda tahu cara yang betul dan tidak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh PayPal, urusan anda akan selamat.. InsyaAllah... 

     Walau bagaimana pun, perkara di atas itu masih tidak cukup lagi untuk membuatkan Urusan Jual beli anda selamat, Anda harus berwaspada dari tipu muslihat perompak versi online ini. Jangan sesekali mendedahkan no akaun, no I/C, kad kredit/debit, Email PayPal, Password dan lain-lain kepada mereka yang anda langsung tidak kenali. Berwaspada lah anda.

   Jika anda berminat untuk membuka akaun PayPal sila klik di sini

atau di pergi ke link ini https://www.paypal.com/


Akhir kata dari saya sekiranya ada kesilapan di dalam penulisan saya, mohon kerjasama dari anda untuk memperbetulkan kesilapan saya, sekian terima kasih...

Monday, April 5, 2010

Kongsi E-Book Contoh Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum...

  Hai semua.. bertemu lagi.. hehehe. Kali Ini saya nak cerita skit pasal E-book yang berguna ni, ini adalah E-book berkenaan Contoh Rancangan Perniagaan. Saya rasa E-book ini sangat berguna dan boleh di guna sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat nak memulakan bisnes.

  Dalam E-Book ini terdapat 20 contoh pelan perniagaan yang di sediakan, antaranya ialah bisnes cendawan, bisnes puyuh, bisnes salon, bisnes percetakan, bisnes penternakan kambing, bisnes kedai dobi, bisnes makanan ringan, bisnes penternakan keli, bisnes restoren, dan lain-lain.

Bagi yang berminat, anda semua di jemput untuk memuat turun e-book ini di SINI.

atau di http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=sarjen_kb

untuk memuat turun e-book ini anda haruslah mengisi nama dan email anda di ruangan borang yang disediakan. Ini adalah bertujuan untuk menghantar link download kepada email anda.


  Sekiranya anda berpuas hati dengan e-book ini anda boleh sebarkan e-book ini dengan menyertai sistem affiliate laman web tersebut. Pastikan anda menyertai affiliate ini jika anda berminat menyebarkan e-book ini.
Kerana anda akan dibayar komisyen RM0.20sen setiap seorang yang berjaya memuat turun dari link affiliate anda. jadi jangan ketinggalan ye...

sekian,
terima kasih...

My Look..

Assalamualaikum...

    Ni nak share skit pasal MyLook. Bagi mereka yang suka buat program Pay Per Lead boleh la join ni. MyLook adalah satu website Search engine yang terkini... ia lebih kurang macam google jugak, tp ia nya berlainan sedikit. Ianya memberikan korang satu peluang untuk mendapatkan pulangan daripada menggunakan nya.. Dengan kata lain, syarikat ini menjalan kan program Pay Per Lead.

      Di mana anda perkenal kan kawan-kawan anda yang minat main internet ni, ajak dia join MyLook. Anda akan dapat 5 saham dan 20% dari jumlah saham yang di perolehi dari setiap orang (perhatian saham di beritahu ini adalah saham permainan, ia bukan lah saham syarikat atau jual beli saham). Menarik bukan? ia nya dibayar di dalam bentuk USD.

     Jika anda berminat untuk menyertai sila klik di SINI

atau http://mylook.com/join.php?x=37474

Wabak H1N1 (Infulenza A) sila Ambil Perhatian!!

Assalamualaikum...

Salam hormat dan salam sejahtera,

Kami harap anda dapat membaca informasi dibawah.
Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini.
Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana
yang menekan ini. Kami amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya
berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, kami juga telah mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya.

Kami tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.
Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya
dijangka pada penghujung Oktober ini. Kami harap ramai yang masih mampu
bertahan pada masa ini. Disini juga kami ingin memberikan sebuah laporan
percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda
Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu
kami bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

anda boleh dapatkan disini:

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=sarjenkb

 

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna,
sila edarkan kepada rakan-rakan anda.
Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...



ikhlas
sarjen_kb



Sunday, April 4, 2010

Cara Meletakkan Aplikasi Penterjemah (Translator) di Blog Anda

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang berminat nak meletakkan Google Translate kat blog, seperti yang anda lihat di sebelah kanan blog saya ni, dan masih tidak tahu caranya.. boleh la ikuti langkah-langkah ini:

1- Pertama Anda pergi ke url ini http://translate.google.com/translate_tools
    Anda akan melihat seperti di dalam gambarajah ini:


  2- Kemudian, jika bahasa blog anda adalah dalam bahasa Melayu, pilih Malay di bahagian pertama :


    3- Selepas itu, anda lihat di bahagian 2. tetapkan kepada All languanges untuk terjemahan semua bahasa 
         atau untuk spesifikasi bahasa tertentu mengikut pilihan anda boleh lah tetap kan Specific languages,
         setelah itu anda mesti  copy semua kod HTML di bahagian 3 (pastikan semua kod di copy). Paste kan 
         kod tersebut di bahagian edit blog Layout anda.



4. Jika anda tak tahu nak paste kat mana, ikut ni .. anda bukak blog anda yang comel tu, sila pergi ke 
    Customize blog anda. kemudian lihat di bahagian Layout anda, tekan add a gadget, pilih 
    HTML/JavaScript paste kan kod HTML yang anda copy tadi di ruangan content.. pastu bahagian Title 
    tu letak la ape-ape tajuk yang anda suka.



ok la... cukup sampai di sini sahaja tutorial kali ini ya... jika ada apa-apa persoalan sila tinggalkan di bahagian comment.. insyaAllah jika saya berdaya akan saya jawab soalan anda itu, ingin saya memohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam post saya kali ini, sila lah perbetulkan saya... sekian terima kasih...

Bagaimana membuat Print Screen di Dekstop anda

assalamualaikum..

Kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana nak buat teknik screen shot untuk di jadikan bahan didalam blog anda, ini untuk mereka yang masih tak tahu lah..kalau dah tahu boleh la skip post ni ok.. untuk mereka yang masih belum tahu lagi sila ikut step ni:

1- mula-mula anda tekan butang print screen di keyboard anda. biasa nya butang tu tertulis PrintScreen atau
    Prt Sc.   Ada yang perlu di aktif kan dengan butang Fn dahulu, kedudukan butang ini biasanya
    bersebelahan dengan butang F12





2- Kemudian, sila buka aplikasi "Paint" (start > All Programs > Accesories). setelah aplikasi anda telah
     di buka,  tekan butang paste (klik kanan dan tekan paste/ boleh juga tekan butang Edit>paste/ atau pun
     Ctrl+V) selepas itu anda akan lihat paparan gambar anda berada di aplikasi "Paint" anda. Edit dan save
     gambar yang anda kehendaki,



Contoh gambar Dekstop saya sebelum Prt Sc:




 Gambar Prt Sc saya di "Paint":
       


Anda di nasihat kan untuk save kan gambar anda di dalam bentuk format .Jpeg atau .Png disebab kan saiz dan paparan gambar yang jelas. Ok lah... Setakat ini sahaja tips kali ini, selamat berbloging buat semua. semoga anda berpuas hati dengan post saya pada hari ini. Jika ada salah silap dari saya, tolong perbetul kan ya, sebab saya ni pun masih lagi belajar... sekian terima kasih