Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan... kali ini ingin saya memperkenalkan apakah PayPal, bagi mereka yang masih baru dalam bidang jual beli di internet pasti masih belum pernah mendengar atau mengetahui tentang PayPal. PayPal adalah sangat berguna bagi mereka yang ingin menjalankan urusniaga di internet apatah lagi jika melibatkan jual beli di luar negara melalui internet. Seperti contoh jual beli di Ebay.com anda memerlukan akaun PayPal untuk berniaga atau membeli di sana.
Kita pergi kepada pengenalan yang lebih mendalam lagi, PayPal adalah merupakan sebuah Platform perbankan Online menerusi internet. Dimana PayPal boleh menerima kad kredit atau kad debit anda untuk membuat urus niaga di internet. PayPal. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang menyebabkan PayPal diguna pakai di seluruh dunia:
- Ketika urusan jual beli anda tidak perlu untuk mendedahkan no. kad kredit atau kad debit anda. Di mana ia boleh dijejaki oleh penyangak-penyangak versi online.
- Bayaran dibuat secara Real Time, dimana penjual akan mendapat bayaran terus dari pembeli. Tidak memerlukan proses rujukan pengesahan (dari menteri ke ape ke)
- Urus niaga anda di lindungi sepenuh nya oleh PayPal dengan ciri-ciri keselamatan yang cekap.
- PayPal juga akan memberi maklum balas yang cepat sekiranya anda membuat aduan berlaku nya kesalahan mengikut terma dan syarat yang di tetapkan.
Berdasarkan perkara di atas, anda tidak perlu risau untuk menjalan kan perniagaan internet yang melibatkan PayPal. Asalkan anda tahu cara yang betul dan tidak melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh PayPal, urusan anda akan selamat.. InsyaAllah...
Walau bagaimana pun, perkara di atas itu masih tidak cukup lagi untuk membuatkan Urusan Jual beli anda selamat, Anda harus berwaspada dari tipu muslihat perompak versi online ini. Jangan sesekali mendedahkan no akaun, no I/C, kad kredit/debit, Email PayPal, Password dan lain-lain kepada mereka yang anda langsung tidak kenali. Berwaspada lah anda.
Jika anda berminat untuk membuka akaun PayPal sila klik di sini

Akhir kata dari saya sekiranya ada kesilapan di dalam penulisan saya, mohon kerjasama dari anda untuk memperbetulkan kesilapan saya, sekian terima kasih...
No comments:
Post a Comment